Monday, February 28, 2011

Surau Al-Amin kini ada Facebook Page

Salam satu Malaysia,

Facebook Page untuk Surau Al-Amin Bandar Pulai Jaya 1 baru sahaja di bina. Saya harap anda semua bolehlah melawat dan menekan butang "LIKE" Surau Al-Amin Bandar Pulai Jaya.

Sila klik di sini untuk ke link Facebook Page Surau Al-Amin.

Kami masih dalam proses untuk mengemas kini dan memasukkan informasi ke dalam FB Surau Al-Amin.

p/s: Kami perlukan 25 orang untuk LIKE page ini supaya domain nya di Facebook boleh dilihat seperti ini: www.facebook.com/surau-al-amin.

Sunday, February 27, 2011

Program Ibadah Korban 2011 Surau Al-Amin Pulai Jaya 1

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Surau Al-Amin telah membuka penyertaan untuk Majlis Korban sempena Hari Raya Korban yang akan datang menjelma pada bulan Oktober kelak.

Sesiapa yang ingin menyertai Program Ibadah Korban 2011, bayaran secara penuh atau pun ansuran kini diperkenalkan.

Jumlah caj adalah hanya RM400 per bahagian.

Borang penyertaan adalah seperti yang tertera di bawah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi AJK di bawah:

Haji Shamsudin Bin Haji Omar - 019-7181017
Haji Latiff Bin Kaslan - 019-7181801
En. Suhaimi Bin Kassim - 012-4578067
En. Abdul Rahman Bin Pasran - 013-7282480
En. Jelani Bin Borhan - 019-2395130

Sambutan Maulidur Rasul Surau Pulai Jaya Al-Amin

Kami berbesar hati mengumumkan Sambutan Maulidur Rasul yang di taja oleh Surau Al-Amin Pulai Jaya 1. Maklumat berkenaan Sambutan Maulidur Rasul berkenaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Mac 2011
Hari: Ahad
Waktu: 8 pagi - 12.00 tengahari

Antara aktiviti yang bakal di jalankan adalah berarak berama-ramai, ceramah, majlis makan, gerai buku dan majalah agama dan lain-lain. Tentatif sebenar akan di persembahkan tidak lama lagi.

Jawatankuasa surau juga mengalu-alukan sumbangan bagi menjayakan majlis sambutan Mauliduri Rasul bagi tahun ini dengan seberapa ikhlas. Pihak AJK menyarankan sumbangan sebanyak RM10 sekeluarga. Pihak surau juga menerima sembelihan aqiqah untuk dijamu pada majlis tersebut.

Semoga tuan/puan akan beroleh keberkatan serta rahmat Allah di atas sumbangan ihlas ini, InsyaAllah.

Untuk makluman lanjut, sila berhubung dengan AJK surau.

Klik di sini untuk mendownload borang.