Saturday, March 19, 2011

Gotong-Royong Rewang Persediaan Maulid Nabi 2011 Surau Pulai Jaya Al-Amin

Alhamdulillah, ramai penduduk sekitar Zon A Pulai Jaya telah bersama-sama berganding bahu untuk menyertai rewang untuk persediaan majlis Maulidur Rasul peringkat Pulai Jaya Zon A selepas Asar hari Sabtu. Pada petangnya, proses memotong bawang putih, bawang kecil/besar, halia, lobak, ayam dan macam-macam lagi telah di buat. Proses pembersihan ayam dan kambing juga di jalankan oleh pihak lelaki. Berikut adalah rakaman peristiwa majlis rewang petang tadi.











Majlis rewang akan bersambung selepas waktu Isya'.

Tuesday, March 1, 2011

Per: Sumbangan Surau Al-Amin Bandar Pulai Jaya

Berikut adalah salinan daripada surat asal yang diedarkan kepada penduduk Muslimin dan Muslimat di Bandar Pulai Jaya.
............................................................................................................

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Surau yang diadakan pada 4.1.2011 telah bersetuju untuk meneruskan sumbangan kepada surau sebanyak RM5 sebulan bagi tahun 2011. Ianya bagi tujuan pengurusan dan aktiviti-aktiviti surau.

3. Segala sumbangan boleh di buat secara bulanan/3 bulan/6 bulan atau setahun kepada jawatan kuasa surau.

4. Jawatankuasa surau juga mengalu-alukan sumbangan mana-mana syarikat atau individu yang ingin menaja aktiviti pembangunan surau. Sumbangan juga boleh dibuat terus ke ataun Maybank Surau Al-Amin. No akaunnya adalah 5513 0670 6821 (Jawatankuasa Surau Al-Amin).

Semoga tuan/puan mendapat keredhaan Allah di atas sumbangan ikhlas ini. InsyaAllah.

Sekian, Terima Kasih

Haji Samsuddin Bin Haji Omar
Pengerusi,
Jawatankuasa Surau Al-Amin,
Bandar Pulai Jaya.

S.K. Ketua Kampung
JKKP Bandar Pulai Jaya
............................................................................................................

Klik di sini untuk mendownload borang sumbangan.