Saturday, February 4, 2012

Mesyuarat Majlis Maulidur Rasul 2012

Mesyuarat berkenaan Majlis Maulidur Rasul 2012 akan berlangsung pada:

Tarikh: 8/2/2012
Hari: Rabu
Masa: Selepas Solat Isya' bejemaah
Tempat: Surau

Semua AJK dan jemaah surau dijemput hadir.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan kami di sini.

Program Dwi-Mingguan Di Surau Al-Amin Pulai Jaya 1

Hasil dari mesyuarat surau pertama tahun 2012 yang lepas, AJK surau sepakat untuk menjalankan aktiviti seperti berikut:

1) Yasin Haujakan
Majlis ini akan dijalankan setiap Jumaat malam minggu pertama dan ketiga selepas solat Isya' bertempat di Surau Al-Amin Pulai Jaya 1. Majlis ini akan dipimpin oleh Imam Haji Abd. Rahman. Untuk bulan Februari, tarikhnya jatuh pada 3 dan 17 February 2012. Semua jemaah dijemput hadir.

2) Majlis Ilmu (Tazkirah)
Majlis ini akan dijalankan setiap Jumaat malam minggu kedua dan keempat selepas solat Isya' bertempat di Surau Al-Amin Pulai Jaya 1. Majlis ini akan disampaikan oleh Ustaz Halim Shah. Untuk bulan Februari, tarikhnya jatuh pada 10 dan 24 February 2012. Semua jemaah dijemput hadir.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan kami di sini.