Saturday, February 4, 2012

Mesyuarat Majlis Maulidur Rasul 2012

Mesyuarat berkenaan Majlis Maulidur Rasul 2012 akan berlangsung pada:

Tarikh: 8/2/2012
Hari: Rabu
Masa: Selepas Solat Isya' bejemaah
Tempat: Surau

Semua AJK dan jemaah surau dijemput hadir.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan kami di sini.

Program Dwi-Mingguan Di Surau Al-Amin Pulai Jaya 1

Hasil dari mesyuarat surau pertama tahun 2012 yang lepas, AJK surau sepakat untuk menjalankan aktiviti seperti berikut:

1) Yasin Haujakan
Majlis ini akan dijalankan setiap Jumaat malam minggu pertama dan ketiga selepas solat Isya' bertempat di Surau Al-Amin Pulai Jaya 1. Majlis ini akan dipimpin oleh Imam Haji Abd. Rahman. Untuk bulan Februari, tarikhnya jatuh pada 3 dan 17 February 2012. Semua jemaah dijemput hadir.

2) Majlis Ilmu (Tazkirah)
Majlis ini akan dijalankan setiap Jumaat malam minggu kedua dan keempat selepas solat Isya' bertempat di Surau Al-Amin Pulai Jaya 1. Majlis ini akan disampaikan oleh Ustaz Halim Shah. Untuk bulan Februari, tarikhnya jatuh pada 10 dan 24 February 2012. Semua jemaah dijemput hadir.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan kami di sini.

Wednesday, July 13, 2011

Majlis Gotong-Royong Surau Al-Amin Pulai Jaya 1

Sekadar makluman, pada 16 July 2011 (Sabtu) jawatankuasa Surau Al-Amin akan mengadakan majlis gotong-royong membersihkan surau dan kawasannya pada 8.30am.

Jangan lupa, pada malamnya ada MAJLIS NISFU SYAABAN DAN TAHLIL PERDANA. Selepas solat Magrib. Aturcara 7pm solat Magrib, bacaan Yasin dan doa Nisfu Syaaban, Semua Jemaah di jemput hadir.



Saturday, July 2, 2011

Program Malam Nisfu Sya'ban 2011

InsyaAllah, program MAJLIS NISFU SYAABAN DAN TAHLIL PERDANA akan di jalankan di Surau Al-Amin Pulai Jaya 1.

Berikut adalah maklumat berkenaan program tersebut:

Tarikh: 16 July 2011
Hari: Sabtu
Aturcara: Bermula pada 7 pm - solat Magrib, bacaan Yasin dan doa Nisfu Syaaban, Tahlil dan doa selamat, Solat Isyak, jamuan.

Semua Jemaah di jemput hadir.

Ceramah Israk Mikraj Surau Al-Amin Pulai Jaya 1

Alhamdulillah, semalam telah selamat berlangsung ceramah bersempena peringatan Israk dan Mikraj di Surau Al-Amin Pulai Jaya 1. Ceramah tersebut telah berlangsung selepas solat Isya oleh Ustaz dari Surau Pulai Indah. Lebih kurang 50 orang jemaah telah hadir bagi mendengar ceramah yang sangat berinformasi tersebut.

Haji Latif selaku pengerusi majlis memulakan dengan sepatah dua kata

Ustaz sedang mengambil momentum di permulaan ceramah

Ustaz sedang memulakan momentum ceramah Israk Mikraj

Antara para jemaah yang hadir memeriahkan suasana sedang khusyuk mendengat ceramah

Jamuan ringkas setelah majlis usai

Untuk updates ringkas lain, boleh rujuk Facebook Page Surau Al-Amin Pulai Jaya 1.

Saturday, March 19, 2011

Gotong-Royong Rewang Persediaan Maulid Nabi 2011 Surau Pulai Jaya Al-Amin

Alhamdulillah, ramai penduduk sekitar Zon A Pulai Jaya telah bersama-sama berganding bahu untuk menyertai rewang untuk persediaan majlis Maulidur Rasul peringkat Pulai Jaya Zon A selepas Asar hari Sabtu. Pada petangnya, proses memotong bawang putih, bawang kecil/besar, halia, lobak, ayam dan macam-macam lagi telah di buat. Proses pembersihan ayam dan kambing juga di jalankan oleh pihak lelaki. Berikut adalah rakaman peristiwa majlis rewang petang tadi.











Majlis rewang akan bersambung selepas waktu Isya'.

Tuesday, March 1, 2011

Per: Sumbangan Surau Al-Amin Bandar Pulai Jaya

Berikut adalah salinan daripada surat asal yang diedarkan kepada penduduk Muslimin dan Muslimat di Bandar Pulai Jaya.
............................................................................................................

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Surau yang diadakan pada 4.1.2011 telah bersetuju untuk meneruskan sumbangan kepada surau sebanyak RM5 sebulan bagi tahun 2011. Ianya bagi tujuan pengurusan dan aktiviti-aktiviti surau.

3. Segala sumbangan boleh di buat secara bulanan/3 bulan/6 bulan atau setahun kepada jawatan kuasa surau.

4. Jawatankuasa surau juga mengalu-alukan sumbangan mana-mana syarikat atau individu yang ingin menaja aktiviti pembangunan surau. Sumbangan juga boleh dibuat terus ke ataun Maybank Surau Al-Amin. No akaunnya adalah 5513 0670 6821 (Jawatankuasa Surau Al-Amin).

Semoga tuan/puan mendapat keredhaan Allah di atas sumbangan ikhlas ini. InsyaAllah.

Sekian, Terima Kasih

Haji Samsuddin Bin Haji Omar
Pengerusi,
Jawatankuasa Surau Al-Amin,
Bandar Pulai Jaya.

S.K. Ketua Kampung
JKKP Bandar Pulai Jaya
............................................................................................................

Klik di sini untuk mendownload borang sumbangan.