Sunday, February 27, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Surau Pulai Jaya Al-Amin

Kami berbesar hati mengumumkan Sambutan Maulidur Rasul yang di taja oleh Surau Al-Amin Pulai Jaya 1. Maklumat berkenaan Sambutan Maulidur Rasul berkenaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Mac 2011
Hari: Ahad
Waktu: 8 pagi - 12.00 tengahari

Antara aktiviti yang bakal di jalankan adalah berarak berama-ramai, ceramah, majlis makan, gerai buku dan majalah agama dan lain-lain. Tentatif sebenar akan di persembahkan tidak lama lagi.

Jawatankuasa surau juga mengalu-alukan sumbangan bagi menjayakan majlis sambutan Mauliduri Rasul bagi tahun ini dengan seberapa ikhlas. Pihak AJK menyarankan sumbangan sebanyak RM10 sekeluarga. Pihak surau juga menerima sembelihan aqiqah untuk dijamu pada majlis tersebut.

Semoga tuan/puan akan beroleh keberkatan serta rahmat Allah di atas sumbangan ihlas ini, InsyaAllah.

Untuk makluman lanjut, sila berhubung dengan AJK surau.

Klik di sini untuk mendownload borang.

No comments:

Post a Comment